Sunday, April 3, 2011

im Still single....so What???

peoples stat asking me..kenape xde boipren?
dah tua ke aku ni??baru 24...baru...belom masuk 24 lagi kan..
owh..tibe2 aku duk pikir boipren tu ape???
boipren tu ade x mcm lirik lagu ni?
Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama

Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua

Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu

Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi

Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti

Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku

yERkk...
rase nak pengsan sekejap...adoii....
penat tau x...penat nak kenal2 balik....penat nak berintebiu2..
""" hye....name u sape?ASL plez...duk mane...keje ke????"""
argh....serabut2...
baik aku single dari aku kapel dgn org yg enth ape2 ntah...
n How many times aku nk bgtau yg aku nak single...
no need to cakap belakang2..no need to cakap aku lesbian...no need to cakap aku songsang....sbb aku ade plan hidup aku sendiri...
wahai manusia2...jgnla berburuk sangka pada org...lain org lain rase..lain cara..lain pegangan...
hohoh....tibe2 sume bercampur...

Wednesday, February 16, 2011

Polkadot Doughnut's Videos Are Suck But I Like It vS cikGu shiDa


Ok...adik2 niYh dah memanG berbakaT...

siyes aku pon terhibur tgk video2 budak2 niyh

tapi janganla sampai cam tu kan...

setiap orang kan ade bakat die sendiri...

kalau cikgu shida xwat camtu...mesti budak2 niyh pon xkan wat camni jugak kan

mengikut pada tarikh fesbuk budak2 niyh..mcm baru je lagi buat...

hormat menghormati amalan mulia..kan..kan..kan




ni Video terbaru dari cik shiDA

1 MAlaysia.....terbaik dari cik shida..

blink2 lagi tuuuu

NIce coTTon Shawl

heLLOw fwenss....

this my first trial....

hope semua suke..any opinion or suggestion boley hit saye di chat box..


STATUS : Available
PRICE : RM15
MATERIAL : Cotton


STATUS : Available
PRICE : RM15
MATERIAL : Cotton


STATUS : Available
PRICE : RM15
MATERIAL : Cotton



STATUS : Available
PRICE : RM15
MATERIAL : Cotton

Friday, August 20, 2010

Cukup Indah - Alif Satar

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Hanya kerna kau yang cukup indah

Untuk dimiliki dan untuk dicintai


♥ I LOVE U..THANKZ FOR BEING A PART OF MY LIFE ♥


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Wednesday, August 18, 2010

PROJEK SARJANA MUDA….

tHIRd tyme tuka tajuk niyh…

hopefully everything working smooth….

Tp aku yg xpenah nak working smooth sem niyh…

Sebab aku amek elektif alam sekitar…so kelas byk xde…

Bile kelas byk xde..aku byk tido…

Mati aku..nak kene abeskan journal yng 5juta6 tu….

Argh…..

Ya allah…berikanlah aku kekuatan utk harungi sem niyh…

Semoga pasni xde dah nak tuka2 tajuk..heeee


 

Sunday, March 14, 2010

Untukmu, Bakal isteriku


aku begitu tersentuh dengan kata-kata ini.masih adakah lelaki yang memiliki peribadi seperti ini?kadang2 sesetengah lelaki hanya pandai mengambil kesempatan berbanding memikul tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.jujur aku katakan, sehingga saat ini aku masih tidak percayakan golongan lelaki...biarlah ,biarlah ada diantara mereka yang menggelarkan aku lesbian, songsang..tetapi adakah mereka tahu apa yang berlaku disebaliknya??hanya hati aku merintih kenapa aku sering dipertemukan dengan lelaki begitu....mungkin ALLAh sedang menguji insan mcm aku...kenapa???kerana ada diantara mereka yang mengambil kesempatan ke atas diri aku yang lemah ini.bukankah mereka adalah lelaki yang seharusnya melindungi kaum perempuan?bukankah mereka lelaki yang perlu memberi bimbingan kepada kaum perempuan? Ya...kami ni insan yang lemah, janganlah dilemahkan lagi apa yang sedia ada lemah..aku tidak menyalahkan mana2 lelaki, tetapi biarlah ini menjadi satu ingatan buat diri aku, dan juga kaum wanita yang lain.

coretan ini ku harap akan menjadi teladan kepada mana2 pasangan di muka bumi ini...hargailah seperti mana kita menghargai diri kita sendiri...




Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ’sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.”

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

“Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

rahsia untuk hidup bahagia dan indah

kite kadang2 hnya bergantung pada satu benda je utk hidup indah..cthnyer cinta..yer..cinta itu penting..kalu xde cinta, camner kite ley wujud kan??hehehe....ni tip2 utk korang hidop bahagia...i got it from my mail...a long time ago...motif??sebab tibe2 teringt kisah2 dulu..heheh...

CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi perkara wajib yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, tetapi sekiranya org itu tidak senang dengan perlakuan kita, pasti haru biru jugak hidup ni kan?

BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.mulakan hari mu dengan senyuman..
BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.ops!~ tp jangan senyum xkene tempat..lain pulak jadinyer..yer x??

MEMAAFAN
Banyak orang stress sebab tidak memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal menjadi seorang pemaaf lebih menyenangkan dari penuh hasad dengki dan hot tempered.

BERKONGSI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan BERKONGSI. berkongsi apa saja, sesama teman, berkongsi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.bak kate orang SHARING IS CARING...kan?

KEJUJURAN
Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.xdenyer istilah tipu sunat..dan name tipu, memang tipu...

KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita boleh merasakan sedih dan senang, boleh memilih kebenaran.

KEDAMAIAN
damaikanlah hati kamu dengan perkara-perkara yang tidak melanggari hukum. kedamaian akan dirasa sekiranya kita menghargai diri kita sendiri..