aku begitu tersentuh dengan kata-kata ini.masih adakah lelaki yang memiliki peribadi seperti ini?kadang2 sesetengah lelaki hanya pandai mengambil kesempatan berbanding memikul tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.jujur aku katakan, sehingga saat ini aku masih tidak percayakan golongan lelaki...biarlah ,biarlah ada diantara  mereka yang  menggelarkan aku lesbian, songsang..tetapi adakah mereka tahu apa yang berlaku disebaliknya??hanya hati aku merintih kenapa aku sering dipertemukan dengan lelaki begitu....mungkin ALLAh sedang menguji insan mcm aku...kenapa???kerana ada diantara mereka yang mengambil kesempatan ke atas diri aku yang lemah ini.bukankah mereka adalah lelaki yang seharusnya melindungi kaum perempuan?bukankah mereka lelaki yang perlu memberi bimbingan kepada kaum perempuan? Ya...kami ni insan yang lemah, janganlah dilemahkan lagi apa yang sedia ada lemah..aku tidak menyalahkan mana2 lelaki, tetapi biarlah ini menjadi satu ingatan buat diri aku, dan juga kaum wanita yang lain. 
coretan ini ku harap akan menjadi teladan kepada mana2 pasangan di muka bumi ini...hargailah seperti mana kita menghargai diri kita sendiri...
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu.  Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian  diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan  seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa  ungkapan “Kau tercipta untukku.”
Aku awalnya kurang mengerti apa  sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah  Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari  nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas  untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal,  spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.
Aku mahukan  pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ’sempurna’ di hadapanmu walaupun  hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan  hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu.  Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran  urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana  seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian  dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin  diriku ini.
Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku  diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf  digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan  Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan  perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya  singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari  fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku  fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”
Aku  khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku  memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas  dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang  diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak  dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu  kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi  aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa  cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu  tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku  tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi  mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.”
Jiwa  remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran  wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku  mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku  curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu  kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku  mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.
Bukan harta,rupa dan keturunan  yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih  antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas  agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu  alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir  merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan  akhlak seindah budi.
“Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan,  harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”  Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya  tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri  kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu.  Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah  sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang  menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan  diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana  aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.